VISHING

Laporan Aktiviti | April 10, 2026

📞⚠️ AWAS VISHING: Panggilan yang Menipu! ⚠️📞

Penipu semakin licik menyamar sebagai pihak berkuasa, bank, perkhidmatan kurier, atau agensi kerajaan. Apa yang mereka mahu? Maklumat peribadi dan wang anda!

Mereka akan menggunakan TAKTIK TEKANAN untuk:
⏰ Mendesak anda bertindak segera tanpa boleh membuat rujukan dengan rakan atau agensi penguat kuasa.
🔒 Meminta OTP, PIN atau maklumat peribadi.
💸 Memaksa anda memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

🚫KEKAL TENANG!! Sekiranya anda terima panggilan yang mencurigakan, Hentikan panggilan dan hubungi nombor rasmi bank anda.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

💡 Ingat: 📵 Jangan percaya panggilan yang mendesak atau mencurigakan

#ONSA#KementerianDalamNegeri#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur
#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar#SpotStopShare