TIPS ELAK JADI MANGSA SCAMMER E-DAGANG

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐍𝐘𝐀!
Scammer sentiasa mencari peluang untuk memperdaya mangsa dengan pelbagai taktik dan helah! Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya. Berikut adalah beberapa tips penting untuk membantu anda mengelakkan diri daripada terjebak dalam penipuan eDagang:
Gunakan Platform Yang Sah, Berdaftar – Berhati-hati dengan Pautan Mencurigakan
Semak Latar Belakang Penjual – Sekiranya Curiga, Hentikan Urusan
Gunakan Platform Pembayaran yang Selamat – Jangan sesekali membuat pembayaran terus ke akaun peribadi penjual yang tidak dikenali. Gunakan SEMAKMULE sebelum membuat sebarang transaksi
Elakkan Tawaran Terlalu Bagus untuk Dipercayai
Jangan Kongsi Maklumat Peribadi
Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sentiasa berhati-hati dan bijak semasa berurusan secara dalam talian!
#ONSA#KementerianDalamNegeri#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur
#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar#SpotStopShare
(SUMBER: FB PAGE ANCAMAN SCAMMER)