
Tahu-tahu dah ada Master. Tahu-tahu dah ada PhD. Tapi… mana thesisnya? Mana jurnalnya? Mana buktinya?
Ramai tampil dengan gelaran “Prof.”, “Dr.”, “Coach” kononnya pakar motivasi, pelabur berjaya, atau penasihat kesihatan. Tapi bila disemak, semuanya kosong.
Tiada tesis.
Tiada jurnal.
Tiada pengiktirafan rasmi.
Gelaran “Profesor” di Malaysia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Ia adalah gelaran akademik rasmi yang hanya boleh diberikan melalui sistem pendidikan tinggi,
Lebih membimbangkan, ada yang mengaku pakar motivasi tapi tidak berdaftar pun dengan mana-mana badan profesional.
Zaman sekarang, siapa pun boleh nampak berjaya di media sosial. Tapi jangan mudah percaya. Jangan biar semangat nak sihat, nak berubah, atau nak berjaya dijadikan umpan oleh mereka yang hanya pandai berkata-kata.
Semak. Tanya. Nilai.
Biar tak cepat percaya, asalkan tak menyesal kemudian.
(SUMBER: FB PAGE PUBLIC HEALTH MALAYSIA)