
‘AWAS! Jangan Terpedaya Dengan Panggilan Palsu!’
Terima Panggilan Dari Pihak Tidak Dikenali?
Scammer sering menyamar sebagai wakil bank atau pihak berkuasa untuk mencuri maklumat peribadi seperti:
Maklumat peribadi perbankan dan kata laluan perbankan
Ingat! Pihak bank atau pihak berkuasa tidak akan meminta maklumat peribadi atau perbankan anda melalui telefon. Jangan layan dan matikan telefon segera!
Amalkan Konsep 3S: Soal, Sekat, Sebar setiap kali anda menerima sebarang mesej atau panggilan.
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Tindakan Jika Terjebak:
Hubungi hotline bank anda untuk mendapatkan bantuan segera.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 (8 pagi – 8 malam).
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Pesan Penting: Jangan biarkan panggilan palsu mencuri maklumat anda. Kekal bijak, kekal selamat!
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
#investsmartsc#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM# #FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar