
AWAS SCAM PELABURAN!! ![]()
![]()
Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan tinggi dan tekanan untuk melabur segera. Scammer sering menggunakan testimoni palsu dan platform sosial seperti Whatsapp, Telegram, atau Facebook untuk menipu.
Modus Operandi Scammer
Group Media Sosial: Scammer jemput ke Whatsapp, Telegram atau Facebook dengan testimoni palsu dan ‘pakar pelaburan’.
Janji Pulangan Tinggi: Tawaran yang menjanjikan keuntungan luar biasa tinggi dengan risiko yang rendah adalah tanda amaran besar.
Tekanan dan Desakan: Scammer sering menggunakan teknik tekanan, mendesak anda untuk melabur dengan segera atas alasan ‘peluang terhad’. Jangan terburu-buru membuat keputusan.
Sebelum Melabur, Berhenti, Fikir, Semak!
Sentiasa semak kesahihan pelaburan dengan pihak berkuasa sebelum melabur – Jangan biarkan scammer ‘melabur’ dalam ketamakan anda.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: https://investsmartsc.my/
Investment Checker: https://www.sc..my/investment-checker
Semak MULE PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/
Senarai Amaran Pengguna Kewangan: https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
Financial Fraud Alert: https://www.bnm.gov.my/financial-fraud-alerts
Pesanan Penting
Jika sesuatu tawaran nampak terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia selalunya adalah penipuan.
#jangankenascam#KenalSebelumKena#LetsFightScammerTogether#BNM#AIBIM#FENetwork#MalaysiaMadani#TakNakScam#SilapLaburDuitLebur
(sumber: FB PAGE AMARAN SCAM)