AWAS DENGAN SCAM PINJAMAN WANG

AWAS: Penipuan Pinjaman Wang di Laman Sosial!
Jangan mudah percaya tawaran pinjaman tidak sah yang meminta bayaran pemprosesan, duti setem, atau yuran guaman.
Fakta Penting:
Bank atau agensi berlesen TIDAK akan meminta bayaran untuk permohonan pinjaman.
Hanya buat pinjaman melalui entiti berlesen sahaja.
Gunakan SEMAKMULE (https://semakmule.rmp.gov.my/) sebelum membuat transaksi.
Amalkan Konsep 3S, Soal.Sekat.Sebar:
Soal – Semak kesahihan tawaran dan entiti dengan agensi penguatkuasa
Sekat – Jangan dedahkan maklumat peribadi atau buat bayaran ke akaun tidak dikenali.
Sebar – Kongsi maklumat modus operandi dengan ahli keluarga dan rakan agar mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.
Sekiranya anda menjadi mangsa:
Hubungi hotline bank anda segera untuk hentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Pesanan Penting: Kekal bijak, dan lindungi diri anda daripada penipuan. Nak Pinjam, Kenapa Perlu Bayar??
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar
(SUMBER: FB PAGE AMARAN SCAM)