mcmc
Laporan Aktiviti

SCAM TAWARAN KERJA ATAS TALIAN

📢 AWAS: PENIPUAN KERJA SAMBILAN ATAS TALIAN!
Modus operandi terbaru penipuan kerja sambilan kini semakin berleluasa. Scammer menawarkan pekerjaan mudah seperti:
“Like video”, “Follow page”, “Review produk”
**Sekiranya ditawarkan Kerja mudah + Gaji tinggi, Syarikat minta deposit atau Platform tak rasmi & mencurigakan ia antara tanda-tanda SCAM!
Perkongsian JSJK PDRM: KOMISEN TAK DAPAT, SIMPANAN HAMPIR RM100,000 LEBUR di pautan https://www.facebook.com/share/p/19zz7bMnkK/
*Lindungi Diri Anda – Amalkan Konsep 3S **
1️⃣ Soal: Semak kesahihan tawaran kerja sebelum bertindak.
2️⃣ Sekat: Jangan kongsi maklumat peribadi atau perbankan anda.
3️⃣ Sebar: Maklumkan kepada rakan-rakan dan pihak berkuasa untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa.
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
💡 Ingatlah: Jika tawaran kerja nampak terlalu bagus untuk jadi kenyataan, besar kemungkinan ia adalah penipuan! Pastikan anda sentiasa berwaspada. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa.
#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar

Kredit: FB Amaran Scam