
๐จ PENIPUAN MELALUI PANGGILAN TELEFON ๐จ
Penipuan panggilan telefon semakin berleluasa dan menjadi salah satu taktik utama scammer untuk memperdaya mangsa. Mereka menggunakan pelbagai modus operandi yang seringkali nampak meyakinkan. Berikut adalah maklumat penting untuk membantu anda mengenali dan mengelakkan penipuan ini:
๐ Bagaimana Mereka Menipu?
๐ Panggilan Palsu menyamar sebagai polis, bank, atau pegawai kerajaan. Ingat! Penguatkuasa tidak akan menghubungi dan meminta maklumat peribadi anda.
๐ฑ Taktik Menakutkan terlibat jenayah atau akaun anda akan dibekukan.
๐ธ Desakan Pemindahan Wang ke akaun โselamat.โ
๐ Curian Maklumat akaun bank, OTP, atau kata laluan.
๐ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
๐จ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐ Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐ฎโโ๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
๐ Pesanan Penting: Kekal Tenang dan Hentikan Panggilan. Lindungi maklumat peribadi anda setiap masa.