
AWAS PENIPUAN DALAM TALIAN ![]()
Kes penipuan dalam talian terus meningkat, menyebabkan kerugian kewangan kepada orang awam. Jangan terburu-buru membuat transaksi kewangan walaupun tawaran kelihatan meyakinkan!
SEMAK SEBELUM TRANSFER
Gunakan portal rasmi Semak Mule PDRM untuk menyemak nombor akaun bank dan telefon di:
https://semakmule.rmp.gov.my/
Sentiasa Amalkan Konsep 3S:
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan sebelum bertindak.
Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda.
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama pihak berkuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Pesanan Penting:
Lindungi diri dan kewangan anda dengan berhati-hati dan berwaspada. Jangan jadi mangsa jenayah siber!
Sumber: JSJK PDRM
#KWSP#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar