mcmc
Laporan Aktiviti

BERWASPADA DENGAN PELUANG PELABURAN YANG DITAWARKAN DI TELEGRAM

AWAS SCAM PELABURAN!! 🚨🚨

Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan tinggi dan tekanan untuk melabur segera. Scammer sering menggunakan testimoni palsu dan platform sosial seperti Whatsapp, Telegram, atau Facebook untuk menipu.

🔐 Modus Operandi Scammer
1️⃣ Group Media Sosial: Scammer jemput ke Whatsapp, Telegram atau Facebook dengan testimoni palsu dan ‘pakar pelaburan’.
2️⃣ Janji Pulangan Tinggi: Tawaran yang menjanjikan keuntungan luar biasa tinggi dengan risiko yang rendah adalah tanda amaran besar.
3️⃣ Tekanan dan Desakan: Scammer sering menggunakan teknik tekanan, mendesak anda untuk melabur dengan segera atas alasan ‘peluang terhad’. Jangan terburu-buru membuat keputusan.

📢 Sebelum Melabur, Berhenti, Fikir, Semak!
✅ Sentiasa semak kesahihan pelaburan dengan pihak berkuasa sebelum melabur – Jangan biarkan scammer ‘melabur’ dalam ketamakan anda.
⛓️‍💥 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: https://investsmartsc.my/
⛓️‍💥 Investment Checker: https://www.sc..my/investment-checker
⛓️‍💥 Semak MULE PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/
⛓️‍💥 Senarai Amaran Pengguna Kewangan: https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
⛓️‍💥 Financial Fraud Alert: https://www.bnm.gov.my/financial-fraud-alerts

🔐 Pesanan Penting
Jika sesuatu tawaran nampak terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia selalunya adalah penipuan.

#jangankenascam#KenalSebelumKena#LetsFightScammerTogether#BNM#AIBIM#FENetwork#MalaysiaMadani#TakNakScam#SilapLaburDuitLebur

(sumber: FB PAGE AMARAN SCAM)