mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pengkalan Kubor

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pengkalan Kubor adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana NADI yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, NADI juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia (Pengurus & Penolong pengurus) sepenuh masa di NADI tersebut.

NADI Pengkalan Kubor merupakan NADI Fasa Dua yang dibuka di Daerah Tumpat Disember 2009. NADI Pengkalan Kubor terletak di hadapan Balai Polis Pengkalan Kubor dan bersebelahan J&T . Penubuhan NADI  Pengkalan Kubor memberi impak yang baik untuk komuniti setempat bagi merapatkan jurang digital di bandar dan luar bandar.

 

ObjektifMenawarkan internet jalurlebar yang berpatutan untuk golongan yang berpendapatan rendah

TumpuanDi kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan rendah